Cara pembersihan/cuci kain samping tenun
Mari beralih kepada cara pembersihan kain samping tenun. Bercakap tentang pembersihan kain samping, terdapat juga beberapa diantara kita yang tidak menghiraukan tentang pembersihan samping. Hal ini kerana, pembersihan samping agak sensitif perlukan ketelitian yang tinggi untuk mengelakkan kerosakkan.
Perkara utama yang haruslah dielakkan adalah merendam samping untuk tempoh yang lama contohnya, semalaman. Sebenarnya, samping haruslah direndam sekurang kurangnya 1jam. Hal ini disebabkan, untuk mengelakkan dari benang samping mengembang dan merosakkan tekstur benang.
Selain itu, pembersihan samping haruslah menggunakan pelembut dilarang sama sekali dicuci bersama peluntur. Sewaktu mencuci, haruslah menggunakan tangan dan dibilas dengan cepat. Sesudah melakukan pembersihan kain samping, dilarang memerah samping kerana pulasan itu akan menyebabkan benang terputus.
Akhir sekali, kain samping juga tidak boleh dikibas semasa proses pembersihan untuk mengekalkan kedudukan tenunan. Mengetahui konsep pembersihan kain samping yang tepat, akan lebih mudah pada masa akan datang. Tidak perlulah runsing lagi tentang penjagaan samping.
Cara penyimpanan (samping)
Sudah tentu ada yang tertanya-tanya cara penyimpanan yang khas untuk kain samping. Disini Faqi menyediakan beberapa cara yang penyimpanan yang tepat dan selamat untuk kain samping anda.
Pertama sekali samping haruslah disimpan ditempat yang bersih,dan tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari.. Begitu juga dengan proses pemanasan seterika, samping haruslah digosok secara perlahan dengan suhu yang rendah.
Samping juga perlulah dielakkan dari ditindih atau dihempap oleh mana mana fabrik yang lain. Untuk penjagaan yang lebih rapi, gulung songket bersama kertas minyak dalam posisi berdiri .