TIdak boleh. Samping dan Kain Pasang FAQI jenis pembuatan adalah 100% tenun tangan  ianya hanya boleh dicuci dengan cucian kering sahaja. Jika dicuci seperti biasa benangnya akan patah, rosak dan kembang. Anda boleh rujuk di ruangan #PENJAGAAN untuk keterangan lebih lanjut

Boleh dengan suhu yang rendah. Benang yang digunakan untuk membuat samping dan kain pasang adalah dari benang yang terpilih dan bermutu tinggi, ianya tidak menjejaskan kualitinya

Kebiasaannya kami akan menggunakan kurier PosLaju dan J&T untuk penghantaran ke seluruh Malaysia, Thailand, Brunei dan Singapura. Kami juga sedia menerima kurier pilihan pelanggan untuk penghantaran. Untuk penukaran kurier sila emelkan kurier pilihan anda berserta “ID ORDER” kepada salam@faqi.com.my

Ya. Kami menerima pembayaran melalui kad debit, kad kredit dan juga paypal. Untuk pembayaran manual (CASH DEPOSIT MACHINE) boleh emel bukti resit pembayaran ke salam@faqi.com.my

Mohon maaf atas kecuaian kami, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Setiap pembelian produk FAQI akan diberikan jaminan penukaran produk jika berlaku sebarang kerosakan Penukaran hendaklah dibuat sebelum 30 hari dari tarikh pembelian

Maaf. Buat masa ini kami tiada lagi kedai dan butik. Kami hanya beroperasi secara atas talian sahaja

Boleh tetapi hanya beberapa kawasan sahaja iaitu di Lembah Klang dan Johor

Kami membuat pengeposan setiap hari kecuali cuti umum. Belian yang dibuat sebelum Jam 11.00a.m akan di pos pada hari yang sama dan pesanan yang dibuat selepas jam 11.00a.m akan dipos keesokkan harinya. Selepas belian dilakukan anda akan menerima tracking number di emel

Kesemua produk FAQI diperbuat dari Malaysia dengan design kami tersendiri dan benang-benang yang digunakan seperti kapas asli dan sutera adalah diimport dari luar negara

Mengenai “custom”, logo syarikat/jenama/design dan seragam oleh pelanggan boleh terus emelkan pertanyaan ke salam@faqi.com.my

Ya. Ianya adalah rekaan kami tersendiri. Kami adalah pengeluar dan pakar dalam bidang tenunan tangan yang berkualiti tinggi. Kesempurnaan tenunan, benang dan corak yang kemas untuk kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami

Kami menggunakan bahan benang kapas asli (100%) dan benang sutera yang memberi jaminan ke atas kualiti, jika ianya direnyukkan atau dilipat benang tidak akan mudah patah atau rosak. Jangka hayat produk juga melebihi 15 tahun bergantung kepada cara penjagaannya

Samping haruslah disimpan ditempat yang bersih, dan tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari contohnya, di dalam almari. Hal ini kerana, untuk menjaga kualiti kain. Begitu juga dengan proses pemanasan seterika, samping haruslah digosok secara perlahan dengan suhu yang rendah.

Samping juga perlulah dielakkan dari ditindih atau dihempap oleh mana mana fabrik yang lain. Untuk penjagaan yang lebih rapi, gulung songket bersama kertas minyak dalam posisi berdiri

Hal ini mempengaruhi benang samping. Kebarangkalian benang akan patah adalah amat tinggi

Untuk pengeringan, hanya perlu sidai kain samping dan biarkan sehingga kering.

Jika kita buat cucian menggunakan mesin (biasa), kain samping akan rosak. Contoh rosak adalah seperti, benang akan kembang, putus dan perubahan tekstur, menjejaskan benang dan corak asal benang samping. Selain itu, kemungkinan kain samping juga akan menyebabkan kerosakan pada fabric(pakaian) yang lain. Tersangkut pada butang seluar atau tali dan pencangkuk baju dalam wanita. Oleh itu, untuk mengelakkan dari mendatangkan kerosakan pada kain samping dan fabrik baju lain, penyucian tangan adalah lebih selamat.